-->

Pages

Tuesday, 7 June 2011

Kasih Abadi


Pementasan teater ‘Laila dan Majnun’ berlansung dengan jayanya. Dari awal hingga akhir, Hani seakan-akan lupa dengan dunia sekeliling. Sedar-sedar tepukan yang bergema dalam dewan itu menandakan pementasan telah tamat. Hani seolah-olah  tenggelam dalam watak yang dibawanya...Laila ! Latihan yang dijalani lebih dari tiga bulan telah membuatkan Hani sentiasa berkepit dengan skrip teater tersebut. Hani melepaskan keluhan lega kerana pementasan teater tersebut telah berjalan dengan jayanya. Dewan penuh sesak. Hani memandang sekilas muka ‘Majnun’ apabila setiap pelakon diminta untuk berdiri di hadapan pentas. Hani tersenyum senang apabila melihat papa dan mamanya berada bersama-sama dengan penonton yang lain..sungguh, hatinya betul-betul gembira kerana watak ‘Laila’ yang dibawanya berjaya.
Congratulations...” Hani terperanjat apabila satu suara membisikkan tahniah betul-betul di telinganya.
“Err....Tahniah untuk awak juga ‘Majnun’..” Hani turut mengucapkan tahniah untuk Amirul. Bergetar suaranya saat menuturkan kata. Amirul Adzim, lelaki tersebut juga berjaya membawa watak ‘Majnun’ dengan jayanya. Kacak sungguh dia.
Semasa menuruni pentas, ramai pelajar yang bersalaman dan tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat mereka. Pementasan teater ‘Laila dan Majnun’ telah mendapat tempat pertama dalam Minggu Seni Memperkukuh Budaya Fakulti Sains Komputer UPM. Tidak sia-sia usaha mereka selama dua bulan.
Hani bergegas mendapatkan papa dan mamanya. “Assalamualaikum papa...mama..” Hani tunduk mencium tangan papa dan mamanya.
“Waalaikumsalam sayang...tahniah..anak mama dan papa dah berjaya menjiwai watak ‘Laila’....memandangkan Hani dapat anugerah pelakon terbaik, Hani cakap saja nak apa...papa akan bagi...”
“Hani nak papa belanja Hani makan saja. Hani dah lapar sangat-sangat. Boleh tak papa?” Manja Hani memeluk papanya.
“Boleh...Hani nak makan apa cakap saja..” Sambil mengusap kepala Hani, papanya bersuara.
“Ok tapi papa dengan mama tunggu Hani kejap. Hani nak tukar baju. Kang tak pasal-pasal orang ingat Hani orang bangsawan.” Hani sempat bergurau sebelum beredar ke bilik persalinan.
“Laila ! Tunggu dulu...”
“Awak panggil saya?” Hani bertanya kepada Izlan yang turut berlakon dalam pementasan teater tersebut.
“You free tak lepas ni?” Izlan bertanya sambil merenung Hani.
Sorry la Iz. papa dengan mama tengah tunggu. Lain kali saja ok? Hani pun nak cepat ni.” Hani pantas meninggalkan Izlan yang kecewa kerana pelawaannya ditolak Hani. Ah ! Peduli apa. Selama ni tak pernah nak tegur-tegur. Tiba-tiba saja Izlan menegurnya. Taulah hari ini dia lain dari biasa. Muka selama ini bersih dari sebarang make up tapi hari ini, ditempek dengan pelbagai alat solek.
Selesai menukar pakaian, Hani bergegas menuju ke arah papa dan mamanya yang telah sedia menunggunya dalam kereta. Mereka bertolak ke sebuah restoran yanng menyajikan makanan ala Thai...memang favourite Hani ! Macam-macam yang dipesan mamanya sampaikan Hani tidak mampu untuk bangun...terlalu kekenyangan.
Tiba di rumah, bibik pembantu rumah Hani menyatakan ada panggilan untuknya.
“Siapa bik?’
“Entah non Hani..Bik kurang periksa. Tapi, dia bilang mau ngomong sama apa itu ya...itu..namanya Laila. Bik teringat, non Hani kan Laila...”
“Habis, bik cakap apa lagi?”
“Bik bilang saja non Laila belum pulang..” Jelas bibik dengan mesra.
Hani tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih kepada bibik.
“Wah...papa rasa lah kan...lepas ni puteri papa ni mesti ramai peminat. Lepas tu dah takda nama Hani...mesti Laila ja nanti yang ada. Glamourlah anak bongsu kita ni nanti kan mama?” Papanya mengusik.
“Ala..mengarutlah papa ni...Hani naik atas dulu..Penatla papa, mama...”
Hani membuka pintu bilik dan mencampakkan begnya dan terus merebahkan dirinya di atas katil. Letih sungguh rasanya. Dia teringat cerita pementasan tadi. Kisah Laila dan Majnun. Cinta yang tidak kesampaian. Hani dapat merasakan seolah-olah jiwa Laila meresap jauh ke dalam jiwanya. Hanya kematian yang memisahkan dua jiwa tersebut. Nauzubillah...Hani berharap tidak terjadi itu semua dalam hidupnya.
Majnunnya adalah Amirul Adzim. Lelaki yang berbadan tegap serta tinggi lampai. Memang kacak. Dengan sepasang mata yang redup, boleh mebuatkan setiap hati perempuan cair memandangnya. Hani mulai menyukai Amirul dalam diam-diam. Tapi, tidak mungkin akan terluah sampai bila-bila. Dia sedar dirinya. Tidak layak bergandingan dengan Amirul. Hani tidak pernah kenal dengan mendalam siapa Amirul Adzim yang sebenarnya. Hanya nama penuh yang diketahui memandangkan mereka berlainan kelas. Nama saja satu fakulti tetapi, sejak mula terlibat dengan latihan teater barulah dia mengenali siapa Amirul. Sebelum ini, hanya mendengar cerita tentang Amirul. Namun, apa yang pasti, selepas pementasan teater itu, setiap kali mereka bertentang mata, jantungnya akan berdegup kencang. Adakah ini yang dinamakn jatuh cinta? Tidak ! Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta. Perjalanannya masih jauh. Masih panjang. Masih banyak yang ingin dicapainya.
Keluar dari kamar mandi, Hani duduk dihadapan cermin soleknya. Rambutnya yang hitam berkilat disisir dengan penuh hati-hati. Hani merenung mukanya. Kulitnya yang putih kemerah-merahan, licin tanpa sebarang jerawat atau jeragat. Ramai teman yang beranggapan, dia tidak pernah menyentuh makan berminyak atau kekacang. Padahal, itulah makanan kegemarannya.
.................................................................................................
Di Kolej, hidup Hani tidak seaman dulu lagi. Kalau dulu, nak kemana, nak buat apa semua bebas tanpa perhatian sesiapa. Kini, tidak lagi. Bila ke perpustakaan atau ke cafe, ramai yang merenung dengan penuh rasa benci dan cemburu. Mereka tidak senang dengan kehadiranku. Eryna antara yang sentiasa mencari masalah dengannya. Manakan tidak, selepas pementasan teater ‘Laila dan Majnun’, nama Hani turut dicalonkan dalam pertandingan ratu cantik. Hani turut merampas title ratu dari tangan Eryna yang juara dua kali berturut-turut. Eryna juga buah hati Amirul Adzim.
“Ala muka macam cekodok kering pun boleh jadi ratu ke? Muka hamster aku kat rumah lagi comellll....” Eryna ketawa kuat diikuti teman-teman rapatnya. Buruknya ! Muka macam lawa tapi ketawa main lepas je...Kalaulah dia yang ketawa begitu, pasti mama akan marah.
Salah seorang dari temannya mencelah... “Pengadil tu mesti buta ...!”
Derai tawa mereka benar-benar menghiris hati Hani. Menggeletar tubuhnya menahan marah. Mahu saja dia menjerit yang dia tidak mahu gelaran itu. Nasib baik, Ida temannya ada dan segera menarik tangan Hani untuk beredar dari situ.
“Sabar Hani. Mereka memang macam tu. Bukan kau tak tau mulut Eryna tu macam mana. Yang kawan-kawan dia tu pun sama. Bodoh. Ikut saja bontot si Eryna tu...Biarlah diaorang nak kata apa. Satu hari nanti, bila dah tak boleh tutup mulut tu baru padan muka !”
Hani hanya tersenyum. Ida memang terbaaekk dan best friend forever. Tak kira susah atau senang, Ida sentiasa ada. Sesungguhnya Hani bengang dengan gelaran ratu itu. Dengan gelaran itu jugaklah dia tiada lansung privacy. Ke mana saja dia pergi pasti ada monyet-monyet yang akan menggangu. Kalau dilayan, akan ada yang cemburu. Tidak dilayan juga akan keluar macam-macam ayat yang menyakitkan hati.
.................................................................................................
“ Haniii !!!....” Jeritan mama mengejutkan Hani.
“ Err...mama...terkejut Hani tau tak?” Hani tersengih memandang mamanya.
“ Itula...berangan la lagi. Teringat kat ‘Majnun’ ke?” Usik mamanya.
“Ishhh...mana adala mama. Hani tengah fikirkan pasal assigment la...”
“Elehhhh...ye la tu..mama percaya ke cakap budak kecik ni?” Tiba-tiba satu suara mencelah.
Hani memusingkan badannya.
“Alongg !!!!!” Pantas Hani berlari mendapatkan abangnya yang sulung. Ahmad Fakhry abangnya yang sulung jarang berada disini kerana tugas sebagai pilot tidak mengizinkan alongnya itu sentiasa berada bersama mereka. Abangnya yang nombor dua, Ahmad Fazrul menetap di United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera perisian manakala kakaknya Hani Farhana pula melanjutkan pelajaran ke Australia dalam jurusan komunikasi. Antara mereka berempat, hanya dia yang tidak menyambung pelajaran ke luar negara. Bukan rezekinya untuk mengikut jejak adik beradiknya yang lain. Tak kisahla, belajar di mana pun sama saja. Tiada bezanya.
“Ishhh tak malu dah besar panjang pun nak manja-manja dengan along macam ni ke?” Alongnya ketawa dengan sikap Hani yang kebudak-budakan walau sudah berumur 21 tahun.
“Hani rindu kat alongla...ala...lagipun, tumpang takde orang lain peluk along...kalau dah ada, Hani takkan peluk along lagi dah...” Hani berpura-pura merajuk.
“Ak alaa.....Laila ni merajuk la pulak....Dahla kuat merajuk..Kuat berangan pun ye jugak...” Usik along spontan.
“Mana along tau ni?”
“Hei..Along da tiba lama la. Papa ada cerita. Rugilah along tak dapat tengok. Kenapa Hani tak beritahu awal-awal?” tanya along lagi.
“ Ala, buat malu saja. Hani bukan pandai sangat berlakon.”
“ Hani, ‘Majnun’ handsome tak? Ada macam along tak?” along ketawa.
“ Perasannya orang tu !” Hani mencuit lengan alongnya. Alongnya memang kacak mewarisi kekacakan papa. Angah Fazrul pula tidak kurang kacaknya. Namun, dia lebih rapat dengan alongnya. Angah Fazrul kurang menyukai cara papa dan mama memanjakannya...
“Tengok tu ! Tengok tu..! Berangan lagi...” along terus mengusiknya.
“ Along, Hani...sudah-sudah la tu...jom kita makan. Mama masak special..”
Tanpa menunggu lebih lama, cepat saja Hani berlari ke meja makan. Along dan mamanya menggeleng kepala sambil tersenyum dengan sikap kebudak-budakan Hani.
.................................................................................................
Amirul Adzim ! Sebaris nama itu semakin kuat melekat di hatinya sejak akhir-akhir ini. Sayang sekali, hati lelaki itu sudah dimiliki perempuan yang sangat membenci dirinya. Hani cepat sedar diri. Tidak mungkin perigi mencari timba. Dalam diam-diam dia mula menaruh harapan. Selama ini hidupnya hanya bergelumang dengan buku-buku rujukan saja. Tidak pernah terfikir untuk memulakan satu hubungan dengan mana-mana insan yang bergelar lelaki.
Hani mulai resah tidak menentu. Adakah Amirul Adzim juga sepertinya? Yang pasti, sejak akhir-akhir ini, perhatian Amirul Adzim dan Izlan tertumpu kepadanya.
Izlan yang kecewa setelah Hani menolak cintanya, tidak pernah jemu mendekatkan dirinya kepada Hani. Izlan Haiqal...seperti Amirul Adzim. Keduanya sama kacak, sama pandai. Namun, hati Hani hanya pada Amirul Adzim yang dia sendiri tahu tidak mungkin akan menyayangi dirinya. Dalam diam-diam Hani mulai rasa gembira kerana Eryna mulai marah dan rasa cemburu kerana tumpuan yang diberikan Amirul Adzim terhadap dirinya.
Keluar dari perpustakaan, Eryna telah sedia menunggunya di luar dengan wajah yang sombong. Ceh !! Harap lawa tempek make up tebal. Rasanya kalau takda make up memang hodoh perempuan ni. Desis hati kecil Hani.
“Hani Suraya....Nice name...but...bad attitudeI have something to ask you,” tajam mata Eryna merenung Hani. Siap sebut nama penuh dia lagi. Apahal la minah ni !
“Apa dia? Maafkan saya. Saya orang Melayu. Orang Malaysia tulen ! Boleh tak awak cakap Melayu? Bahasa melambangkan bangsa..” Hani sengaja ingin menaikkan marah Eryna. Merah padam muka Eryna.
“Hani Suraya, I lihat you semakin rapat dengan Amirul Adzim. You tau tak, he’s my boyfriend? You tak malu ke rampas dia dari I? Cermin muka you tu dulu sama ada sesuai ke tak you dengan dia. Bodoh !!” Ujar Eryna sambil menunjukkan jarinya ke arah muka Hani.
“ Err...awak ni memang bila sebut nama orang kena sebut penuh ek..napa tak sebut bin dengan binti sekali? Kan lagi afdal...lagi satu ya wahai miss Eryna..Eryna apa ek....Haa...Eryna binti Kulup kan? Waaa....very-vey nice name....untuk pengetahuan awak, kalau Amirul tu yang awak katakan boyfriend awak, saya tak kisah pun. Siapa dia girlfriendnya, Amirul sendiri yang berhak tentukan. Kalau takut dia lari, ikatlah baik-baik. Tapi, kalau satu hari nanti, Amirul menagih cinta saya, awak jangan menyesal. Jangan salahkan saya,” Selesai menuturkan kata, Hani bergegas keluar dari kawasan perpustakaan itu.
“ Oops...lagi satu, Only the best woman wins...!” ucap Hani. Merah menyala muka Eryna ! Padan muka kau...berlagak sangat..!
“Hai...kenapa jalan laju sangat ni?” Tiba-tiba Hani disapa Amirul.
“Tadi, terserempak orang gila lah,” Hani berkata sambil ketawa perlahan.
“ Eh..ye ke?” Amirul tidak percaya.
Hani tergelak apabila mengenangkan raut muka Eryna. Sungguh ‘jelita’. Agaknya kalau Amirul pandang tadi, mesti dia pecut 100 m. Ngeri !
“Amirul, kalau Hani nak tanya Amirul marah tak?” soal Hani.
“Kenapa?”
“Err...saja Hani nak tau..”
“Tanyalah. Kalau Amirul marah pun, Amirul tak makan orang la..” Amirul bersuara dengan nada gurauan.
“Eryna tu, special girlfriend Amirul ke?”
“Dia tu? Actually, kami tak ada apa-apa pun. Baik sebab satu kelas, selalu lepak sama-sama. Bila dah terlebih baik, disalah anggap pulak. Pastu nak heboh-heboh kat semua kononnya Amirul ni bf dia. Padahal, Amirul tak pernah cakap I love you pun, apatah lagi nak janji apa-apa dengan dia,” tegas Amirul dengan serius.
“Kalau boleh, Amirul nak sambung master dulu kat oversea. Tapi, sebelum ke sana, Amirul akan beritahu satu rahsia pada seorang perempuan yang dah buatkan hati Amirul ni sentiasa berdegup kencang. Pendek kata, Amirul akan kenalkan dia pada family Amirul. Pasti mereka nak buat menantu,” sambung Amirul lagi sambil tersenyum riang.
“Owhh...yakah,” erm...siapa agaknya gadis bertuah itu. Hani tertanya-tanya sendiri.
.................................................................................................
Hari terakhir peperikasaan berlalu dengan pantas. Berada di tahun akhir membuatkan Hani dan Amirul terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing. Selesai, menjawab kertas peperiksaan terakhir, Hani pantas melangkah keluar dari dewan. Amirul telah sedia menunggunya.
“Amirul? Tunggu Hani ke?” Hani bertanya hairan.
“Jom kita ke cafe,” Amirul mengajak Hani sambil menarik lengannya.
Mereka duduk di meja yang agak terlindung dari pandangan ramai. Situasi sebegitu, tidak pernah diimpikan Hani.
“Hani, Mirul ada sesuatu yang nak dicakapkan. Sebenarnya dari dulu, Mirul memang nak cakap. Tapi, Mirul simpan dulu sebab nak jadikan hari akhir ni sebagai hari yang takkan dilupakan. Lagipun, Hani macam nak taknak je layan Mirul. Mirul nak katakan yang Mirul betul-betul dah jatuh hati kat Hani...Hani, sudi tak kalau Mirul mintak hati Hani?” Kata-katanya membuatkan Hani kelu. Sungguh tak disangka. Mirul juga sepertinya. Dia tak tepuk sebelah tangan. Apa dia nak jawab? Takkan cakap setuju kot..nampak sangat macam gedik...kalu cakap tak, melepas pulak..jawab taktau je la senang. Dia merenung tepat ke mata Mirul. Ya Allah lemahnya aku ! Kenapala dia ni tenung macam ni?
“Err...Hani, maaflah kalau Mirul terlalu berterus terang. Mirul betul-betul sayangkan Hani. Hani jangan diam macam ni. Please say something..” Fulamak, dia buat renungan menggoda...Mama! Papa! Anak manja mama dengan papa ni dah jatuh cinta !
“Err....Hani tak sangka,” Perlahan Hani menuturkan kata.
“Tapi, Hani bahagia sangat...” dengan malu-malu Hani menyambung kata. Mirul turut tersenyum bahagia.
Hari itu termeterilah perjanjian antara mereka. Mereka akan saling berhubungan walau dimana mereka berada. Mereka berjanji akan sentiasa setia. Indahnya cinta !
.................................................................................................
Genap 6 bulan hubungan mereka, Mirul telah menghantar rombongan merisik sekaligus meminang Hani. Mirul telah mendapat tawaran untuk melanjutkan masternya di United Kingdom. Saat keberangkatannya sungguh memilukan. Pemergian Mirul ke bumi Britain diiringi air mata Hani. Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun demi tahun, masa yang dinanti tiba jua. Mereka akan diijabkabulkan tak sampai dua minggu lagi. Pelbagai persiapan sudah dilakukan kedua pihak. Rindunya dia pada Mirul hanya Tuhan saja yang tahu.
Sepasang jubah labuh, dijahitnya sendiri  yang akan dipakai semasa majlis akad nikahnya. Sewaktu menjahit baju tersebut, sempat dia berangan-angan sesuatu yang indah.
Akhirnya, kepulangan tunang tercinta yang dinanti-nanti tiba jua. Tidak lena tidur malamnya tidak sabar menantikan wajah yang sangat dirindui. Bagaimana rupanya setelah hampir tiga tahun tidak bersua? Hatinya berdebar-debar.Tidak senang duduk dibuatnya. Along tidak habis-habis mengusiknya yang semakin gelisah. Jam di tangan sudah acap kali dipandang. Sepatutnya Amirul sudah tiba sekarang. Pengumuman saat akhir dibuat. Penerbangan dari Heathrow ditunda kerana kesilapan teknikal. Kapal terbang yang baru saja mendarat hanya membawa bagasi penumpang.
Mirul ! Hati Hani makin digayuti resah.
“Sabar Hani...” pujuk Along.
Air mata di pipi tidak henti-henti mengalir. Debar didadanya tidak mahu surut. Dua jam kemudian, satu lagi pengumuman dibuat. Kapal terbang tersebut telah selamat tiba. Akhirnya wajah yang sangat dirindui berada depan mata. Berkaca matanya saat menyalami tangan tunang tersayang. Alhamdulillah...Amirul selamat tiba.
“Sayang...rindunya Mirul kat Hani..,” Amirul merenung wajah Hani.
“Hani pun sama...”
“Err..Hani, Mirul, jom kita pulang sekarang. Mirul mesti penat. Malam esok kan majlis akad nikah,” along mengajak mereka berdua pulang.
.................................................................................................
Lagi dua jam Hani akan menjadi isteri kepada Amirul. Debaran di dada semakin menjadi-jadi. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap. Namun, cuba diusir perasaan yang tidak enak itu. Hani memandang wajahnya di cermin..tidak sabar rasanya menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki. Jubah putih yang menyaluti tubuhnya amat sesuai dengan tubuh badannya. Entah kenapa tidak mendatangkan satu kepuasan pada dirinya.
‘ Ya Allah, hindarkanlah perasaan yang tidak enak ini dari hatiku...’ Hani berdoa di dalam hati.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua petang. Rombongan sudah sampai. Namun, kereta yang membawa Amirul belum tiba. Suasana yang bising membuatkan Hani memandang keluar tingkap. Hatinya tiba-tiba berdegup laju. Mana Amirul? Kenapa suasana di bawah seakan kalut? Hani mencapai telefon tangannya. Nombor Amirul didail.Tapi, hampa ! Panggilan masuk ke peti simpanan suara. Amirul? Ya Allah...mana Amirul?
Hani menoleh saat pintu kamarnya dibuka. Wajah mama dan papa kelihatan sedih. Mama menangis. Kenapa ni? Hatinya semakin tidak keruan.
“Mama, papa...kenapa menangis? Mana Amirul? Kenapa dia tak sampai lagi?”
Mamanya terus meluru dan memeluknya, “Sayang, sayang kena kuat ye. Sayang kena sabar banyak-banyak..” tersekat-sekat suara mamanya. Matanya beralih ke arah papanya pula minta penjelasan.
“Hani, Hani duduk dulu. Dengar baik-baik apa yang papa nak cakap. Tapi, Hani kena janji dengan papa. Walau apa yang jadi, Hani kena terima dengan redha. Hani kena kuat..”
“Ap..apa?” Air matanya mula mengalir deras. Apa yang dah jadi?
“Hani, Amirul....Amirul dah takda sayang. Kereta yang dia naik tu terlibat dalam kemalangan. Amirul meninggal kat tempat kejadian....” papa turut mengalirkan air mata dan terus memeluknya.
“Papa tipu...Mirul takkan tinggalkan Hani. Mirul Hani dah janji nak jadikan Hani suri hidupnya. Papa tipu...” makin deras air matanya mengalir. Berita yang disampaikan papa membuatkan jantungnya bagaikan telah pecah. Tidak ! Majnunnya takkan tinggalkan dia. ‘Laila dan Majnun’ hanya satu lagenda. Lagenda yang tidak mungkin jadi kenyataan. Lagenda yang kisah cinta tidak memdapat restu, yang sentiasa ditentang. Antara dia dan Amirul, kisah cinta mereka tidak pernah ditentang, tidak pernah dihalang..malah, mendapat restu dari kedua keluarga. Ya Allah, kenapa semua ini harus jadi padanya?
Lututnya seakan lemah saat melangkah ke bilik mayat. Along Fakhry, Angah Fazrul, Kakaknya Hana serta papa dan mama turut menemani Hani. Tidak sanggup rasanya untuk melihat Amirul buat kali terakhir.
“Sayang...sayang kena kuat,” papa memeluk bahunya.
Saat melihat wajah Amirul, jantungnya seolah berhenti berdegup. Mirul..jasad kaku dihadapannya direnung.
“Honey, Mirul sayang sangat kat Honey. Honey sabar tau tunggu hari bahagia kita...” seolah-olah terdengar suara Amirul.
“Mirul...Mirul bangunlah. Jangan tinggal Hani. Mirul dah janji nak hidup dengan Hani. Jangan buat Hani macam ni...” Tangis Hani dengan penuh hiba. Mama serta kakaknya turut menangis.
Tiba-tiba pandangan Hani menjadi kelam. Dia terus tidak sdarkan diri.
“Ya Allah papa! Hani ! Along, angah....cepat angkat dia...” Hani longlai dalam pelukan mamanya.
Apabila membuka matanya, Hani mendapati dirinya berada di dalam kamarnya. Kamar yang siap dihias indah untuk pengantin baru.
“Mana Mirul? Mirul Hani mana along?” matanya merenung muka alongnya meminta penjelasan.
“Sabar Hani..Tuhan lebih sayangkan dia daripada Hani sayangkan dia,” along berbisik di telinganya sambil mengusap-usap rambutnya.
Bagaikan mahu pecah dadanya menahan sebak. Atas dosa apakah dia diuji sebegitu? Hani merenung tanda cinta di jari manisnya. Cinta kita tak seperti yang kita impikan...Laila dan Majnun memang tak ditakdirkan bersama...
“Hani, ni ada barang dari Mirul untuk Hani,” along menghulurkan tiga bungkusan hadiah.
“Hani nak bersendirian...”
“Hani tengoklah...along keluar dulu,” along mengucup dahinya sebelum keluar.
Hani hanya mengangguk. Dengan segera Hani mengunci pintu. Ketiga-tiga bungkusan tersebut diletakkan di atas katil. Dia membuka kotak yang pertama. Ada seutas rantai emas yang berukir nama mereka berdua. Kotak kedua dibuka. Kotak yang comel berbentuk hati. Terdapat kuntuman mawar merah yang tidak layu. Terselit satu nota.
“Honey, seharum kuntuman mawar ini, harum lagi kasih Mirul padamu. Semekar kuntuman ini, mekar lagi cinta Mirul buat Hani. Berjanjilah sayang, cinta kita akan abadi selamanya......”
                                                                                      Salam sayang,
                                                                                   Majnun
Air mata bercucuran jatuh. Ternyata sejarah berulang lagi. Laila memang tidak ditakdirkan untuk Majnun. Kotak ketiga dibuka. Sehelai selendang dan sepasang kain sutera. Dipeluknya erat kain itu. Janjinya pada diri sendiri akan menyematkan kain itu di dadanya.
Dia mengumpulkan segenap kekuatan yang ada. Harapan untuk hidup bersama hanya tinggal satu angan-angan. Janji tinggal janji. Dalam kisah Laila dan Majnun, mereka tidak ditakdirkan hidup bersama kerana maut telah memisahkan. Itulah yang turut dilaluinya. Cintanya akan tetap abadi.
Dalam hatinya berbisik, tidak mungkin akan bertemu lagi insan seperti Majnun. Selagi hayat ada, cinta dia dan Amirul akan tetap abadi dan mewangi.
‘Abadilah kau disana kasihku..’







Tuesday, 31 May 2011

A Special World



A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

- Sheelagh Lennon -